5 termasuk 2 bekas Exco bebas
| |
| Mohd. Osman Jailu (kiri) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (kanan) dibebaskan daripada pertuduhan rasuah berkaitan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam. |
IPOH 23 April - Lima tertuduh termasuk dua bekas Exco kerajaan negeri Perak masing-masing dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.
Dua Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59, dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54.
Mereka kini merupakan ADUN Bebas setelah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Februari tahun lalu.
Tiga lagi ialah bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.
Mereka berlima menghadapi 16 pertuduhan rasuah membabitkan projek pembangunan Pusat Bandar Baru Seri Iskandar.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Exco kerajaan negeri Perak, Restoran Kluang Stesen Cafe di sini dan Aquarias Restaurant & Bar, Summit Hotel, Bukit Mertajam di Pulau Pinang di antara 12 Ogos hingga 19 Ogos 2008.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan mereka dilepaskan dan dibebaskan setelah pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya kes 'prima facie' untuk memanggil tertuduh membela diri.
''Mahkamah telah meneliti keterangan semua saksi dan mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan tuduhan tersebut," katanya.
ULASAN:
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bukankah pendakwaan itu menunjukkan bahawa mereka melakukan perkara yang berkenaan dan untuk menyelamatkan diri mereka, maka kedua bekas EXCO PKR itu terpaksa melupakan setiakawan mereka dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang akhirnya menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Perak.
Dengan tindakan mereka meninggalkan PKR itu, menyebabkan pihak pendakwa dengan sengaja tidak mengemukakan bukti wujudnya kes 'prima facie' untuk membolehkan pihak mahkamah memanggil tertuduh membela diri.
Bekas TKM1 PP selesai pinjaman kenderaan
PULAU PINANG 18 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM1) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz dengan kerajaan negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata, Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lepas bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.
"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.
Katanya, notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.
Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.
Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan TKM1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April, beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti. - Bernama
Persoalanya: Dari manakah duit itu beliau dapat. sedangkan sebelum ini beliau tidak mampu menjelaskannya
Berbagai alasan yang diberikan oleh pengkhianat itu untuk menghalalkan cara mereka mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun demikian, alasan-alasan mereka langsung tidak masuk oleh akal kita kerana mereka sehingga kini gagal membuktikan apa yang mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang memberikan kedudukan kepada mereka. Apa yang kita tahu adalah ada di antaranya keluar dari parti kerana gagal mendapat projek jutaan ringgit, ada yang tidak mendapat projek untuk keluarga mereka, ada yang mengalami masalah hutang kereta dan menuntut parti membayar hutang-hutangnya. Itulah pengkhianat yang bertopengkan seperti Malaikat yang kununnya keluar parti atas prinsip memperjuangkan rakyat, bangsa dan ugama. Memang tepat sekali ada di antaranya yang memilih untuk bersama Umno yang pastinya dipercayai boleh menjamu perut-perut mereka sehingga kenyang. Biarlah mereka makan semahu-mahunya sehingga pecah perut mereka. Perlukah kita bimbang dengan situasi ini? Tidak sama sekali. PKR pernah mempunyai hanya seorang sahaja MP di Parlimen iaitu DS Wan Azizah. Tetapi berkat yang satu itu yang berjuang dengan ikhlas untuk rakyat, Allah membalasnya dengan apa yang kita perolehi sekarang. Proses pembersihan di dalam parti mesti dilakukan mulai sekarang, dan kita harap PKR tidak lagi terlalu berbaik sangka atau memberi ihsan kepada sesiapa jua yang terang-terang tidak mematuhi semangat setiakawan dan persefahaman di dalam PR. Mereka wajib dikeluarkan segera dari parti. Jangan kita bimbang dengan kehilangan berpuluh-puluh orang yang inginkan perut mereka kenyang dengan membiarkan rakyat menderita. Kita wajib bersyukur jika kita hanya memiliki hatta seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat. Kita mesti bersedia kehilangan ramai lagi pengkhianat-pengkhianat selepas ini. Kita ingin melihat menjelang Pilihanraya Umum akan datang, berapa orangkah yang sanggup berlapar dan bersusah bersama rakyat. Kita wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari parti kerana sekiranya mereka masih berada di dalam parti, seandainya InsyaAllah, kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal. Pecayalah bahawa masih ada beberapa orang lagi yang sedang lapar berada di dalam parti kita. Kepada kepimpinan parti, jangan pedulikan permintaan mereka untuk mengenyangkan perut-perut mereka sendiri, biarlah mereka bertindak untuk keluar parti dan kita tunjukkan jalan ke pintu keluar dengan segera. PR mesti dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat seperti ini sebelum rakyat menghukum kita. Rakyat tidak akan menghukum kita semata-mata pengkhianat ini keluar, tetapi rakyat akan menghukum kita jika kita masih lagi sanggup memelihara manusia hina ini. Mulai sekarang, giatkan usaha mencari petualang-petualang durjana ini dan tendang mereka keluar sebelum rakyat menendang kita. Mereka tiada nilai walau sebesar atom kepada kita tetapi amat bernilai kepada parti yang sememangnya memerlukan orang seperti itu
"Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Tan Sri Khalid tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang KERANA Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau."
BETOI KE YOP SALEH..? KALO BETOI ELOK LER BERUNDOR...MAKASEHHH! WARGHKAHKAHKAH!"
Persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab : WANG.
Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, dan Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.